Tiba-tiba datang rasa bosan atau pon boring bila melihat blog hati curio ni. Bosan mungkin kerana sepesen je isinya, mungkin kerana ayat-ayatnya terlalu "sasterawan negara".  Entahlah punca sebenarnya tidak begitu pasti.

Namun kesannya hampir buat saya berfikir untuk membuka blog baru dengan bahan yang baru. Dalam pada masa yang sama datang pula ilham, agaknya kalau di rojakkan isi dan bahannya mungkin boleh menjelmakan semangat baru lantas akan hilanglah bosan..

Fikir punya fikir, aha ek..betul juga..detik hati mengiyakan.

Mungkin adalah rasanya sedikit pembaharuan dari segi penyampaian selepas ni..

Semoga anjakan ini akan menghilangkan bosan dan menaikkan kembali semangat daku..

Mudah-mudahan begitulah hendaknya.





0 comments

Labels