wanita itu la dia yang punya satu hati yang mudah terasa. sesuai dgn sifatnya yang dan suka di puja dan dimanja walaupun dia sudah bergelar nenek yang giginya tinggal dua.

itu sifatnya yang mulia untuk dirinya sebagai wanita. dia mudah terasa, kecil hati biasa. baju barunya, jgn dikatakan tak cantik, sedih hatinya.merajuk bakal menyusul tak lama.

dia wanita ingin satu cinta miliknya sorang saja, kongsi pantang baginya. sebetulnya lelaki juga begitu. cuma lelaki dibolehkan memberi cinta lebih dari satu jika tidak bagaimana isterinya yang tiga lagi bagi yg beristeri lebih dari dua dan tiga.

wanita suka orang tahu apa bahagia yang dia ada dan suka menyurukkan kehilangan bahagia di hatinya dari pengetahuan org lain. jangan sekali berkata dia salah walaupun seribu kali memang dia yang salah..kerana menerima dengan hati terbuka kesalahan padanya dirinya, itu bukanlah sifat wanita. jgn kata anaknya, dia tak boleh terima. jgn kata suaminya bangun dia membela segera.

menguasai, monopoli sifatnya wanita sejak dulu kala..ada baiknya asal tidak melampau batas kewajaran.

keadilan bukan sifat semula jadi wanita. jika dia geli hati lalu menepuk tampar tanda geli sangat hatinya tak apa. dia boleh sentuh lelaki bila dia suka..namun jika lelaki membalas caranya, mengangkat kening dia.itu memang lumrah dunia wanita, adil mengikut ukurannya, bukan kebenaran keadilan itu sendiri..

begitula mulianya sifat wanita, meletakkan semua yang dia ada ditempat yang berharga..malah berharganya lelaki kerana sifat yang wanita miliki, bukan kerana macho dirinya sendiri seperti yang lelaki selalu sangka-sangka selama ini.


 

0 comments

Labels