Langit menangis hujan sayu wajahnya
bumi basah mengerti apa gerangannya
hiba sebegini rupa sayu tidak terhingga
tadinya sebak kini merembes air mata pula
semalam riang kelmarin gembira
matahari bersinar hangat suasana
berarak awan menemani senja
malam bulan bersinar meriah alam maya
subuh menghening tiba-tiba ku teringat dosa
tiada resahkan susah tiada dek gelora dunia
entah kenapa tersendu hati sayu pun tiba
menitis airmata banjir bumi merata
teringatkan dosa oh banyak sungguh rupanya
menangis bukan terkedu biasa
cuma insan gayat melihat masa
sempatkah nanti membasuh dosa
melambai Kaabah dapatkah tiba
mengenangkan mereka bertuah rasanya
sampai ke sana tercapai cita-cita
semoga diterima doa mereka segala
diampun dosa pulang bawa sejahtera
terkenangkan mereka itulah sayu ku tiba
ku tanam azam semangat membara
doa tak putus mengharap limpah kurnia
dilambaian Kaabah mengengam cita
berhentilah hujan sapukan airmata
senyumlah semula ceriakan muka
berkat tekad usaha dan doa semua
di tepian kaabah kan berdiri hamba
memohon keampunan mengharap sejahtera
insyaAllah ke sana kita dengan rahmatNya jua
Sila klik ikon "CC" untuk sarikata Melayu.
Nyanyian Imam Hafiz Senad Efendi Podojak.
Tajuk asal Kraj Kabe Sam Ja Stajao.
0 comments
Post a Comment