Apabila nilai keperluan makin meninggi dan ketinggian jiwa pula makin merendah,dan akhirnya merosot..orang mudah menerima apa yang berlaku sebagai biasa, walaupun jiwanya tak suka.

Ingat mengingati memang dituntut, namun memahami sebelum memberi peringatan itu terlebih baik agar nasihat yang ingin di sampaikan itu menepati situasi orang yang ingin diperingatkan itu.

Pandanglah dgn hati terbuka, nanti kau akan nampak kebaikan orang lain. Pandanglah dengan hati terbuka nanti kau akan nampak keburukan mu sendiri. Kefahaman menjadikan kita matang

Sehebat mana pun kamu, ada satu pada ku kurniaan Tuhan yang membuatkan kamu mesti benar-benar membuat persediaan yang amat rapi untuk menghadapinya, Semangat ku

Ramai yang terlalu yakin dgn apa yang disangkanya sedangkan sangkaan bukanlah bukti pada kebenaran.

Apalah darjat mata yang melihat warna cerah atau pun tidak pada kulit. Apakah darjat hati yang melihat cantik atau tidak pada wajah. Apa entahnya darjat fikiran melihat pada kaya atau miskin. Sedangkan Pencipta kulit, wajah dan warna itu sendiri hanya melihat pada hati.

Pekerjaan itu Rahmat, Berkat itu matlamat. Kerja mahu Selamat, Cuti tentunya Nikmat

Perpektif dunia yang merendahkan alu kerana sifat menantinya itu, sedangkan di sisi agama alu ada haknya tersendiri. Cuma wajarlah alu mencari lesung dgn hikmah disebabkan sifat alunya itu.

Sebahagian kekangan hidup tentunya cobaan, melepasi kekangan anjakan kemampuan,senyuman penerima bakti, tentunya kepuasan diri.. ikhlas di hati di sisi Tuhan tentu banyak lagi

Hati paling utama, tapi rupa juga tempat pertama di mata dunia

Kenyataan hidup akhirnya sendirian kita mengharunginya walaupun di kelilingi ramai. Hati yang menanggung perasaan di setiap peristiwa dilalui. Sakitnya, pedihnya, sebaknya, pilunya, gembiranya dan bahagianya hanya hati sendiri yang rasa. Apalah ertinya gah pada yang ramai dan kesepian tanpa teman. Sesungguhnya tiada siapa akan kesunyian bila sendirian dan tiada sesiapa akan terlonjak-lonjak perasaannya bila dikelilingi ramai andai dalam hatinya ada bicara yang sentiasa ditujukan buat Tuhan yang mengengam jiwanya

Bila di sebut mati seolah-olahnya semuanya terhenti sedangkan hakikatnya noktah tiada samada selamanya di neraka atau pun di syurga. bermula tanpa sedar namun bila melihat kelahiran begitulah agaknya kita.

Apabila yang memandang telah melihat dan yang dilihatnya itu hakikat, maka gementarlah seluruh jiwanya lalu tawaduklah dia dalam senyum mengorak langkah yang tiada melainkan bahagia dan rela semata.

wallahu'alam.

0 comments

Labels