Bila cinta meniti usia
kenangan kerap menjelma
yang pahit terlerai dek masa
manis segala di ruang mata

Anak kecil sudah dewasa
yang besar berumahtangga
tinggallah kita berdua semula
di lautan cinta asmara pasangannya
masih ada gelora buat kita yang setia
kiri kanan tak perlu pandang tentunya

Wajah tua kini cinta semata
meniti hari mengisi usia
apa dosa mu ku ampun semua
apa dosa ku harap begitu jua

Bersama cinta bahagia dan redha
menanti masa melangkah bersama
harap sangat bersama di sana
bahtera cinta kini belayar di syurga

*************

Cinta oleh Ustaz Mohd Kazim Elias


Uploaded by on 25 Jun 2010

2 comments

  1. Wan Sharif // February 4, 2012 at 11:22 AM  

    SubhanAllah! semuga Allah mengqabulkan segala doa

  2. Hati Curio // February 13, 2012 at 9:30 PM  

    Mudah-2an.. :) time kaseh sudi komen dan hadir di sini :)

Labels