Jikalau orang tak suka tak apa asal ikhlas hamparan hati kita
Jikalau orang tak suka tak apa asal bahasa mulia lontaran suara kita
Jikalau orang tak suka tak apa asal sengketa bukan niat kita

Jikalau orang tak suka tak apa tapi kita kena fikirkan juga
Jikalau orang tak suka tak apa tapi kita jangan ambil mudah pula
Jikalau orang tak suka tak apa tapi jangan kita pula punca angkara

Jikalau orang tak suka kita rugi juga rasanya
Jikalau orang tak suka kita berkuranglah kawan tentunya
Jikalau orang tak suka kita tentulah ada punca sebabnya

Jikalau orang tak suka tak apa bertenang tindakan pertama kita
kalau dia bagus orangnya tentu dia berterus-terang pada kita
kalau kita bagus orangnya tentu kita berfikir menyelesaikan segala punca

Jikalau orang tak suka tak apa
betul ke ? atau cuma penyedap hati kita ...





Tak Suka Tak Apa oleh Screen

2 comments

  1. Cheqna // February 9, 2012 at 2:47 PM  

    Saya rasa betul penutup nukilan tu..mungkin sebagai penyedap hati kita akan cakap tak apa, tapi tentu masih akan tertanya2 kenapa ye..

    Tapi macam yang diingatkan oleh seorang kawan baru2 ni..kena banyak sabar dan redha.

    InsyaAllah.

  2. Hati Curio // February 13, 2012 at 9:29 PM  

    sedapkan hati he he..kdg-2 suka tak suka org ni boleh buat cermin menilai diri kita, tapi kdg-2 tak boleh pakai juga..ada masa org rajin pun org tak suka..org baik pun org tak suka :)

Labels