Abang berdiri di kaunter menanti,
akak-akak wajahnya belum mandi pagi
membelek-belek ikan dan sayur untuk di beli,
ada yang memegang tepong dan kopi
Tokei kedai terlari-lari ke sana sini
pembantu kedai belum datang lagi
abang agak saja ni, ialah tak nampak pun dari tadi
Abang tokei kedai kelihatannya sudah mandi
seri wajahnya, kelihatan aktif sekali
abang masih di kaunter berdiri dan memerhati
Makin ramai pula berbaris di kaunter sama menanti
akak-akak yang beli ikan tadi pun berbaris sekali
ada yang kenal abang, ada yang abang tak kenali
terpandang abang tersungging senyuman berseri
abang pun apa lagi tersenggeh seikhlas hati
Lama lagi ke ni, runggut abang dalam hati
nak masuk kerja ni !!, lambat pula nanti ...
bukan tak sabar sekadar meluahkan isi hati
meringgankan tekanan yang semakin meningkat kini
Ramai pula pagi ni
tiba-tiba abang tokei terpacul berdiri
depan abang tersenggeh nampak gigi
terkejut juga abang disapanya tadi
Abang hulurkan duit sambil tunjuk sabun mandi
rokok tak nak ke ? tanya abang tokei lagi
rokok dah beli malam tadi
kali ini sama-sama tersenggeh sama-sama nampak gigi
he he tahulah abang tokei yang abang pun belum mandi pagi
Jam tujuh empat puluh satu minit pagi
abang bergegas ke kereta sambil berlari
Sempat menoleh sekali
abang tokei sedang menimbang cili padi
Oooi !! mana aci macam ni..
kita orang pun nak bayar juga ni
naik angin rupanya akak-akak yang beli ikan tadi
abang tokei angkat tangan kiri
tersungging senyuman abang tokei paling berseri pagi ini
sori sori seminit je lagi.....
Memandu pulang agak laju namun berhati-hati
di ruang mata terbayang mula ceritanya tadi
Balik dari hantar budak sekolah sampai rumah 07:21 pagi
sarapan sambil tengok tv rancangan pagi
lepas tu ambil tuala konon nak mandi seround lagi
subuh tadi sekadar bilas-bilas basuh tangan kaki
sejuk giler maklumlah hujan dari malam bawa ke pagi
Siap sahaja gosok gigi terus mandi
pandang kanan, pandang kiri tercari-cari sabun mandi
Yang ! Yang ! stok sabun mandi ada tak lagi
dah habis lah bang, jawap isteri lembut mencairkan hati
naik angin tak jadi, terus pergi kedai beli sabun mandi
begitulah mula ceritanya, pagi-pagi ke kedai cari sabun mandi
Sampai di sini cerita sabun mandi
abang nak pergi mandi ni
sori ek .. ada kesah nanti abang cerita lagi
Sabun ! Sabun di bilik mandi, sabun !!
Sabun ! Sabun di bilik mandi, sabun !!
Dna Babi - Ustaz Kazim dan Dr Maza ... Semoga ke dua-duanya dapat bertukar
fikiran di medan yang lebih Molek ..
Bahan berubah sifat boleh jadi halal jika d...
Bila baca tajuk sabun terus teringat zaman sekolah duduk asrama, bangun tengah pagi/mlm sebab nak "chop" placing kat bilik mandi dgn sabun..bila bangun dekat subuh tak de lah lama sgt kena tunggu giliran, kecuali lambat bangun dan turn dah lepas or ada orang "kick" bekas sabun kita...hahaha..
oo placing dgn sabun, tak de yang tukar time org tak de ke :) memori masa sekolah mcm-2 kan..banyak kenangannya