Sedang Cik Pontianak kebosanan merayau-rayau sendirian di belukar itu, tiba-tiba sayup-sayup nun jauh di sana terlihat olehnya cahaya terang benderang. Lalu dia pun terbang melayang menuju ke arah cahaya itu. Oh .. kilang ingatkan cahaya apa itu tadi, bisiknya sendirian sambil merangka-rangka langkah seterusnya.

Seronok pula Cik Pontianak melihat melihat prodak yang beratur bergerak di atas "conveyer belt".  Kelihatan beberapa orang pekerja wanita sedang bercerita, ada yang tergelak dan ada yang begitu serius memerhati prodak yang lalu berbaris di atas conveyer belt itu di hadapannya itu.

Macam ni baik aku lepak sinilah kan., syok juga, meriah suasana berbanding di belukar sendirian. Menci betul tengok anjing, nampak je aku melalak, tah benda-benda, ngomel cik pontianak. Abang-abang pun ramai kat sini, pheh ! bro sorang tu kacaklah dan Cik Pontianak tak berlenggah terus menuju ke arah bro "handsome" yang sedang berdiri memerhatikan mesin di bahagian tengah laluan conveyer belt tadi.

Kelihatan sebilah blade yang bergerak turun naik laju dan hampir tidak kelihatan disebabkan kelajuannya itu sedang memotong kepingan coklat bersalut  yang bergerak melaluinya. Cik pontianak agak terpegun melihat kelajuan blade tersebut lalu dihulurkan jarinya. Pheh ! tajam nya...agak terkejut cik pontianak..he he nasib pontianak, idak kalu putus jari.. berkata cik pontianak sambil memandang abang yang kacak di sebelahnya itu. Bro kacak di sebelah buat bodoh sahaja, maklumlah mananya dia nampak cik pontianak yang sendirian syok itu.

Kacaknya abang ni, spontan terluncur bicara dalam ralit cik pontianak meneliti wajah abang kacak  yang dari tadi memfokuskan perhatiannya kepada blade yang bergerak laju itu.

Kena "adjust" dahulu wajah kasi ayu giler, berkata cik pontianak sambil memejam mata cuba membayangkan wajah ayu artis wanita jelita Fouziah Gous. Cik pontianak amat teruja dan kini tidak lagi dapat menahan gelodak hatinya yang terlalu ingin berkenalan dengan abang kacak.

Bang sibuk ke..cik pontianak menegur abang kacak setelah berkali-kali percubaannya terbantut akibat rasa gubra yang datang tidak semena-mena. Gubra juga rupanya cik pontianak. Abang kacak tidak mengendahkan teguran cik pontianak itu. He he lupa, tergelak kecil cik pontianak yang tersedar dia masih dalam "invisible mode" lagi. Ha sudah menjelma baru la bro kacak boleh nampak.

Berdebar-debar hatinya saat itu. Namun cik pontianak agak nekad, dia terlalu ingin berkenalan dengan bro kacak. Dari arah kiri  abang kacak, cik pontianak menegur bro kacak yang sedang sedikit membongkokkan tubuhnya sambil memandang blade tersebut.  Abang sibuk ke ?


Cik pontianak menanti dgn debaran. Abang kacak berpaling sambil menegakkan tubuhnya dan memandang cik pontianak. Cik pontianak hanya tersenyum menanti penuh debaran.. Wajah tampan itu kini betul-betul di hadapan mukanya.

Abang kacak tidak terkata apa sebaik sahaja melihat wajah ayu jelita di hadapannya di saat itu. Seperti pernah dilihatnya cuma tidak pasti di mana. 


Nak kenal abang boleh ? dengan senyum berseri cik pontianak menyambung kata apabila dilihatnya abang kacak cuma diam terpegun tidak berkata apa..

Pontianak !!! dan abang kacak jatuh terlentang. Serentak kedengaran jeritan bersahut-sahutan dari berbagai arah.. Pontianak ! pontianak !
 
Cik pontianak agak cemas juga melihat keadaan yang tidak diduganya itu. Kelihatan lelaki dan wanita bertempiaran lari. Ada yang menunjuk-nunjuk ke arahnya dan ada yang sedang melarikan diri.

Cik pontianak melihat ke arah abang kacak dengan rasa kecewa yang amat sangat. Niat murninya tadi tanpa disangka-sangka kini telah menyebabkan keadaan bertukar menjadi huru-hara. Abang kacak masih terkelentang tak sedar diri di lantai..

Cik pontianak segera mengembalikan dirinya ke mode asal iaitu "invisible mode" atau mod halimunan.

Harap muka saja handsome !! sempat cik pontianak meluahkan rasa kecewanya.

Cik pontianak melangkah lemah meninggalkan abang kacak dengan perasaan sedikit kecewa dan  sedih bercampur baur.


* photo sekadar hiasan..
 
 
 
 
 

0 comments

Labels