bicara tanpa suara sering buat hati teruja
indah bicara hati terpesona sudahnya
semuanya indah dek susunkata
penuh berhemah sopan pula
memuji dan lawak jenaka
resepi sejak dulu kala
ramai yang tercuit rasa
ramai telah terbuai jiwanya
berniat baik ramai juga
berakhir di jinjang pelamin
makin kerap terdengar cerita
namun yang terhina melara hatinya
ditipu hidup-hidup banyak juga keluar di berita
berhati-hati sekali lagi seruan buat diri dan para budiman semua
semoga di jauhkan Tuhan; kita semua dari fitnah akibat teruja bicara mempesona





Lelaki Teruja  oleh Kristal

1 comments

  1. Cheqna // March 23, 2012 at 11:52 AM  

    Assalamualaikum.

    Memang ramai juga yang terpedaya dengan kata2 manis yang "diucapkan" oleh sahabat di alam maya.

    amin..semoga kita terlindung daripada tipu daya orang yang cuba mengambil kesempatan.

    :-)

Labels