Jangan Terpesona Pada Bicara Persona Non Grata

Naluri manusia ingin mencari kebenaran

naluri manusia tahu nilainya cinta
naluri manusia tahu dirinya berpunya

Merenung, berfikir, mengkaji dan berfalsafah

cuba menyimpul kebenaran dari fikiran dan detik hati
tentang Tuhan, cinta dan kehidupan.

Begitulah resam adatnya manusia.

dalam fana sedar dirinya dicipta
bukannya semulajadi asal ujud di dunia.

Datang Rasul diutus Tuhan membawa Islam

menerangkan hakikat hingga manusia faham dan berteleku
tunduk pada Penciptanya

Kini akhlak, falsafah dan ilmunya terarah

tahu tujuan mana arah
tahu dia mana yang benar
mana yang salah

Masa berlalu

lupa, alfa dan pesona memang sifatnya dunia
ramai yang kembali berpaling
mencari seloka dan bicara manusia
bagi panduan hidup
sedang diri telah pun pernah beroleh pedoman
ilmu dan hikmah yang mutlak dari Penciptanya

Ramai yang kaget dan kagum

falsafah orang bijak tutur kata
berkemampuan memikir masalah hidup
akhirnya terpesona dan mempengaruhi mindanya

Di sinilah bermulanya episod malang dalam hidup insan

selepas perginya Rasul dan Nabi yang mulia.

Oleh demikian

jangan biarkan indahnya dunia berhias
membias cahaya kebenaran di hati
dek persona non grata
setelah hati disepuh cahaya kenal dan cinta Ilahi
dari ilmu suci disampaikan Rasul yang dikasihi

==================================

persona non grata (an unacceptable or unwelcome person)

0 comments

Labels