Wahai kamu permata suami ada masa terasa hati
merajuklah kamu kerana memujuk seni kami sejak dulu lagi
Wahai kamu buah hati, ada hari terguris hati
marahlah kerana kemerahan wajahmu panorama indah pesona hati
Wahai kamu cahaya hati ada waktu teruja hati
senyumlah kerana manis bibirmu pelambangan kasih tulus dan murni
Wahai kamu permata suami
sukanya melihat kamu menangis terhiba diri
titisan air matamu meruntuhkan ego kami para suami
menyedarkan kami betapa lunaknya hati yang tabah meniti hari
membawa umat manusia 9 bulan 10 hari tanpa nilaian dapat diberi
ingin kami sedarkan diri betapa lelaki bukanlah penguasa yang hakiki
setiap yang berjiwa ada Penguasa bukan milik yang mutlak para suami
Wahai kamu permata suami
Paling kami suka melihat kamu tersenyum setulus hati
diiringi lirikan mata merenung penuh kasih melihat kami
ukiran manis di bibir kebijaksanaan Pencipta menyentuh hati
setulus cinta seikhlas sayang hamparan kasih mu kami sanjung tinggi
maafkan kami andai selama ini sikap dan cara bukan seperti yang kamu hajati
mengunung doa harapan nan tinggi semoga di sana buat kamu syurga bakal menanti
Permata Sukma - Saleem
Dna Babi - Ustaz Kazim dan Dr Maza ... Semoga ke dua-duanya dapat bertukar
fikiran di medan yang lebih Molek ..
Bahan berubah sifat boleh jadi halal jika d...
0 comments
Post a Comment