Kemanisan hempedu pada penawarnya 
kepahitan gula bila terlebih guna 
antara pahit dan manis berdiri sederhana 
tersenyum senang sejahtera hendaknya 

Beria tidak tentu hala bukan dia 
buat tak tahu bukan caranya 
berdiri prihatin melihat kewajaran suasana 
tanpa mendatangkan curiga dan salah sangka 

Menuduh berdosa makan daging saudara 
terima bulat-bulat musykil akan cara 
berdiri di tengah-tengah timbangtara 
mengkaji fakta yang ada sebelum bicara 

Selamba berkata mengundang salah sangka 
berdiam seribu bahasa disangka tak suka 
berdiri naluri di tengah-tengah merasa 
menilai kewajaran sebelum berkata-kata 

Hidup lama makin tak daya 
mati cepat banyak tak rasa 
usaha berdoa tawakkal tentu saja 
semoga tak menyusahkan anak cucu kita

Tak minta datang pergi pun jangan 
tak minta sayang benci pun jangan 
tak minta puji caci pun jangan 
tak minta pujuk herdik pun jangan 

sederhana terbaik buat semua 
berlebihan mengundang bencana 
sejahtera sentosa itu di pinta 
dari dunia sampai ke syurga 

Terima kasih menunjuk cara 
baru faham duduk perkara
-spontan dari hati curio

2 comments

  1. Cheqna // February 19, 2012 at 5:47 PM  

    Hamba tidak bijak bersastera,
    Cuba memahami apa yang dikata,
    Namun diamiinkan doa yang dipinta,
    Semoga sentiasa sejahtera untuk terus berbicara.

    :-)

  2. Hati Curio // February 19, 2012 at 6:45 PM  

    terima kasih Puan hamba sudi komen..he he :)

Labels