Halaman yang paling syahdu dan membuai perasaan adalah rindu. Rindu pula boleh terhadap seseorang, keadaan, suasana, zaman atau Pencipta diri.
Rindu pada saat dan suasana kita masih anak-anak di bawah jagaan ibu bapa selalu buat hati tersentuh. Rindu pada adik beradik dan terbayang saat-saat bermain bersama, gembira bersama hatta bergaduh bersama sering buat kita tersenyum sendirian.
Rindu kepada Tuhan itu semestinya ujud dalam diri, namun ianya suatu nikmat sebagai hamba yang bukan semudah kata sewaktu diucapkan. Sifat dan sikap sebagai hamba yang tau diri dicipta dan ternanti-nanti waktu untuk bertemu semula Penciptanya yang maha kasih sayang mesti ujud dalam diri jika benar rindu itu ada dalam hati. Jika tidak ianya hanya satu penyataan yang hanya untuk mengelirukan diri sendiri sahaja
Wallahu'alam
0 comments
Post a Comment