Ikhlaskah aku pada Pencipta














Dosa pahala bercampur dulu tak kisah
kini berubah wajah hati mula resah
dulu bercahaya kini gelap bersepuh lara

mimpikan  syurga di ranjang neraka
Impian cuma angan, usaha cuma bibir berkata
cita-cita tipu daya, seranting rintangan rebah melata
catatan perjalanan menjelma di hujung usia

Tuhan ampunkan dosa hamba
bibir menutur pinta dari hati ralatkan masa

Jahil bukan dia
neraka menjerit membakar dosa
syurga menanti ribuan tahun lamanya
andai neraca berat di kiri dek amalan tak berkira
ajaran guru masih terpahat di minda

Kini dijelingan masa berdoa hiba
berikan rahmat kasihanilah hamba

sekonyong-konyong melintas suara
ikhlaskah engkau pada Pencipta
dimegah masa menyalak dunia
tak terdaya raga merayu hiba

3 comments

  1. maya kirana // April 19, 2012 at 9:16 AM  

    salam,
    masa untuk kita selalu bermuhasabah diri dan memperbaiki mana yang kurang..mudah-mudahan keredhaan Allah sentiasa menemani hidup kita..InsyaAllah..

  2. hati curio // April 28, 2012 at 5:16 PM  

    Salam too,

    terima kasih Maya Kirana, saya cuba juga muhasabah cuma selalunya terlelap, separuh jalan dan terlelap.. :)

  3. Cheqna // May 7, 2012 at 10:19 AM  

    Assalamualaikum Rad,

    Semoga sentiasa berada di bawah rahmat, redha-NYA dan pada setiap kali kita tersasar dari landasan, Allah SWT akan limpahi kasih-NYA dan membawa kembali ke jalan yang lurus...amiin.

Labels