Petang itu aku berselisih dengan Madmud sebaik sahaja aku keluar dari kantin di waktu rehat sebelah petang. Madmud menyapa ku dulu, Aku nak jumpa kau lah, lama dah aku cari kau, sambil menyapa Madmud terus membuka tajuk bicaranya. Aku tertanya-tanya apakah gerangan usahawan yang sedang meningkat naik tu mahu dari ku. Aku yang sentiasa ada di pejabat tak jumpa dicarinya, biar betul kau ni mud, pertanyaan ku itu tidak dijawabnya.

Aku ada bisnes sikit lah, ingat nak ajak kau join sekali, dia menyambung bicaranya yang buat aku tergamam terus. He he bukan apa, madmud ni cakapnya susah sikit aku nak percaya, kena pula aku yang tak tahu apa-apa dan asyik keputusan ringgit malaysia ni nak diajaknya join bisnes dia.

Bila dilihatnya wajah ku ketara memperlihatkan yang aku memang tidak percaya pada usulnya itu, Madmud mula menerangkan dengan serius dan bersungguh-sungguh. Aku ada buka bisness, jadi nak kau handle lah bahagian akaun, accounting software pun aku dah beli dan dah install pun, cuma tunggu kau setuju je nak jadi partner.

Pheh, teranjak juga paradigma hatiku mendengar madmud menjelaskan tujuan murninya itu dengan nada yang begitu serius tapi lembut. Aku jelaskan yang aku mana ada modal nak join bisnes yang dia sedang usahakan itu. Modal tak da masalah, kebolehan kau tu aku anggap modal, kita share enam puluh empat puluh, jelas mahmud lagi. Cara mahmud bercerita buat semuanya sudah jadi kenyataan bukan setakat perancangan lagi. Malam ni aku tunggu kau di Seremban 2, kita bincang lagi, datang tau jangan tak, bersungguh-sungguh madmud meminta agar aku tidak menghampakannya.

Aku memang ragu dengan setiap bicara madmud. Dia mudah berjanji dan mudah melupakan begitu saja janjinya. Aku tidak pernah terkena tapi kawan-kawan ku ramai dah tahu perangai buruk madmud tu. Jika berjanji nak jumpa, madmud boleh tidak hadir tanpa menalipon untuk kensel pertemuan itu terlebih dulu. Keesokan harinya pula madmud boleh buat seolah-olah dia tidak pernah berjanji apa-apa dan dengan sesiapa pun pada hari sebelumnya. Itu lah gambaran madmud yang aku dapat tahu dari kawan-kawan ku.

Dari petang bawa ke magrib aku aku asyik terpikir-fikir dengan cakap madmud tu. Hatiku berbunga juga bila memikirkan mungkin ini peluang ku untuk bertapak dalam dunia bisnes. Bila datang pula fikiran ku tentang perangai madmud tu, merudum terus semanggat ku, malah aku seperti malas untuk bertemu dengan dia. Ada waktunya pula aku terpikir tak baik lah pula aku yang telah pun ada kepandaian yang di perlukan, tidak sudi mahu membantu pada yang memerlukannya.

Dalam kesukaran mencari kepastian, aku memutuskan untuk bertemu madmud malam itu. Andai madmud berbohong, aku anggap sahajalah yang aku belum ada nasib untuk terjun keduniaan perniagaan. Andai madmud berkata benar kali ni, itu kira nasib aku baik lah. Yang penting aku berhati-hati dan tidak membuat keputusan terburu-buru.

Selepas ditunjuk arah melalui handphone, aku akhirnya sampai di rumah madmud. Beberapa ketika kemudian, kami terus ke ruang komputer untuk madmud tunjukan sofware yang dia maksudkan tu. Hal mengajak aku join bisness belum sepatah pun madmud sebut lagi. Aku cuma berfikir adalah tu nanti selepas dia menunjukan softwarenya tu.

Selepas ditunjukannya, dia bertanya samada aku rasa aku boleh handle sofware tu atau tidak. Aku dengan ikhlas hati menerangkan yang aku mesti study dulu software tu barulah boleh aku beri jawapan yang pasti walaupun sebenarnya aku memang arif dengan software tersebut. Kalau gitu okeylah kau study dulu software ni. Takes your time, nanti kau comfirm kan lah dengan aku, ujar madmud yang buat aku makin menyakini kesungguhan dia dalam mengajak ku join bisnes.

Sememangnya ada terlintas di fikiranku tentang peliknya proposal madmud tu. Apa perlu aku diajaknya join bisnes, memadai diupahnya sahaja aku untuk handle software perakaunan itu. Aku tidak kesah malah itu lebih elok pada fikiran ku. Andai dia nak aku tunjuk ajar setakat yang aku tahu pun tidak apa, aku boleh tunjukkan tanpa perlu bayaran tambahan. Selalu disebut orang sebagai foc.

Eh, kita minum dulu, ajak madmud bila dilihat isterinya keluar dengan hidangan air kopi dan biskut lemak. Maaflah , rumah aku ni je yang ada masa ni, ada tadi aku beli sikit makanan, anak-anak aku pula dah belasah. Nanti kita pun nak keluarkan, kita pergi minum dululah sebelum kau balik. Aku cuma mengiakan sahaja proposal terbaru madmud tu.

Oh ya sambil-sambil minum ni aku ada nak tanya sikit lah pasal software akaun tu. Tadi sementara tunggu kau, aku suruh orang rumah aku tengok-tengok sikit, aku manalah faham benda-benda akaun ni, tu yang suruh dia tengok dan terangkan sikit pada aku, senang nanti aku fikir nak tanya kau, madmud menjelaskan sambil memegang secawan kopi di tangannya.

Orang rumah kau tak kerja ke mud, aku bertanya dengan mengalihkan topik perbualan seolah-olah penerangan madmud tadi tidak aku dengari.

Mahmud menjelaskan yang orang rumahnya baru habis study . Isterinya itu pemegang Ijazah perakaunan dari sebuah universiti di Kuala Lumpur. Pengalaman bekerja memang tak da lah, tambah madmud lagi.

Mungkin kerana aku telah bersedia, penerangan madmud yang terakhir itu buat aku mengerti seluruh jalan cerita dan pengakhirannya cerita madmud mengajak aku join bisnes ni.

Mungkin juga kerana aku telah bersedia, aku pun terus memungut bunga-bunga keriangan untuk menceburkan diri dalam dunia bisness yang madmud taburkan dari petang tadi lalu ku campakkan keluar dari hatiku dengan tak bersisa lagi.

Selepas itu, aku terus mengambil teraju dari madmud dalam pengarahan cerita yang baru sahaja aku namakan semula iaitu dalam hati ada tipu.

Hari dah malam lah mud, aku nak balik lagi ni, marilah aku tunjukan mana yang kau tak faham pasal software akaun tu tadi. Isterinya datang menghampiri kami bila sahaja aku mula mengklik software tersebut. Madmud pula bangun lalu mempersilakan isterinya pemegang ijazah perakaunan itu untuk mengambil tempat duduknya di sebelah ku untuk mendengar penerangan tentang pengunaan software tersebut. Aku menerangkan bersungguh-sungguh dan semudah yang boleh dan selepas hampir dua jam, fahamlah isteri madmud. Aku berdiri dan melihat dia mengklik-klik program-program utama dari software tersebut. Yang ni mesti ingat ek, jangan lupa, terang ku lagi untuk menutup sesi malam itu.

Sambil memakai kasut untuk pulang, aku sempat menawarkan khidmatku dengan madmud sebagai pengantaranya. Kalau ada yang terlupa atau tersangkut, kau suruhlah wife kau beritahu kau, dan di pejabat nanti kau beritahu lah aku, mana yang aku tahu, aku cuba lah nanti . kalau terlupa lah atau buat-buat tak jadi.

Sewaktu bersalam untuk pulang, madmud bertanya kan bayaran yang aku kenakan untuk penerangan yang telah aku berikan selama dua jam tadi. Free je mud, aku terus menjawab dengan ringkas sambil menekan alarm untuk membuka kerata ku.

Madmud terus mengekori aku ke pintu kereta. Tak kan free je, aku bisnes dan kau dah turun kan ilmu baik gila malam ni kat wife aku tadi. Dari semalam dia terkial-kial tak dapat-dapat, kejap-kejap telefon, sampai technician yang handle software tu naik fed-up. Walhal dah gi kursus dua hari kat tempat dia orang, tang yang last tu wife aku buat tak mau jadi. Aku pun dah tak tau apa nak buat. Bisnes dah mula, barang dah hantar, ada yang dah bayar pun. Sistem pula hang, tu yang aku pening dari malam tadi, tidur pun asyik terjaga. Pagi tadi on the way nak gi kerja aku boleh teringat kan kau. Kali ni Madmud dengan wajah yang ceria dan beria bercerita perihal sebenar tujuan dia mengundang aku ke rumahnya malam ini. Cakap lah berapa, aku bayar esok, janji madmud kepada aku untuk kali kedua hari ini.

Serius ni mud, foc. Aku suka tengok orang kita bisnes macam kau, aku nak buat tak reti. kau anggap sajalah sebagai sokongan moral aku sebagai orang melayu pada bisnesman melayu macam kau. Betul ni aku ikhlas. Assalamualaikum.

Aku pun membelah malam yang gelap gelita dengan titik air kelihatan di cermin depan kereta ku, tanda aku pulang tidak sendirian, hujan penyejuk hati bakal menemani aku pulang malam ini.

Aku tak berasa hati lagi sekarang, cuma yang aku tak mengerti, kenapa madmud hingga hari ini masih tidak mahu belajar berterus terang dalam apa jua hal. Adakah ini juga sebahagian dari ilmu berniaga yang perlu ada untuk menjadi usahawan berjaya. Adakah ini sebahagian dari ilmu yang pernah dia sendiri war-warkan nya sedikit masa dulu, kita mesti belajar macam mana cina berniaga kalau kita nak berjaya dalam dunia bisnes ni.

Aku tak tau jawapannya kerana hingga hari ini aku masih lagi kerani yang paling otai di pejabat ku bekerja.

3 comments

  1. umihoney // December 15, 2009 at 3:34 PM  

    prinsip mesti menipu macam orang asing kalau nak maju tu memang takde makne dek non...yang penting barakah, ikut sunnah nabi s.a.w. dalam kehidupan hatta berniaga..to understand your friend yang susah nak berterus terang tu perhaps the following proverbs could apply:
    We tell lies when we are afraid... afraid of what we don't know, afraid of what others will think, afraid of what will be found out about us. But every time we tell a lie, the thing that we fear grows stronger. ~Tad Williams

    apa pun you are a good friend indeed..god bless u and yr family

  2. Aim My Nick // December 15, 2009 at 6:15 PM  

    time kasih UmiHoney, komen yang megitu memberangsangkan. Ada proverbs lagi.Terima kasih sekali lagi.

    kebanyakan certia di sini rekaan hasil dari imaginasi saya je. Saya pernah terdengar kesah-kesah dari orang lain ke, saya olah balik, tambah mana yang patut agar lebih realistik.

    time kasih ye UmiHoney sudi hadir dan komen, terharu saya baca complimentary dari umi tu.

  3. budumanis // January 9, 2010 at 11:01 PM  

    tipu sunat...

Labels