Orang muda smart bergaya bertali leher rambut berkilat : Encik saya dari...

Mr Labu yang sememangnya sedang memegang gagang telephone sewaktu anak muda itu masuk tadi dengan sopan menunjukkan isyarat menyuruhnya duduk lalu menyambung perbualan di talipon : Oh di mana kita tadi, ahh proposal tu. Berkenaan proposal perkongsian tender membekal alatan komputer tu, saya dah teliti satu persatu, kami setujulah dengan offer En Lim tu. Malam ni kita dinner sambil diskas hal ni , macam mana, setuju. okey kita jumpa dinner nanti. Pegawai dari bank pun dah sampai ni, aha ada depan saya ni. Maaf En Lim malam ni kita sambung diskas sambil dinner. okey bye.

Mr Labu sambil tersenyum simpul: Maaf Encik, sedang di talian tadi, ada pula yang berminat ajak berkongsi ambil tender. Tak sangka pula saya, kampeni baru macam ni, ada pula syarikat yang dah establish berminat untuk buat usahasama. Oh ya boleh kita mulakan..

Orang muda smart bergaya bertali leher rambut sikat ke tepi: Saya Arif dari Koden Enterprise, kita orang dapat arahan dari bos untuk ganti kotak soket telepon yang rosak di pejabat Encik ni. Wayar dalam tu kena makan dek lipas ke apa, bos saya kabo tadi.

Mr Labu dengan sedikit segan bercampur geram: Ooo ! kau orang bukan pegawai dari bank laa !. Aku mati-mati ingat ingat korang bank officer tempat aku buat loan tu. Ceh..dah tu napa ko pakai smart macam ni siap tali leher lagi. Pasang kotak tu pun nak pakai tali leher ke.

Orang muda smart bergaya bertali leher: Saya ada interview kerja lepas ni encik, kira sekali jalan lah ni , pasang kotak ni kejap je Encik. Keje dengan Koden ni, nak belanja awek makan pun tak lepas. Encik jangan la pula cakap dengan bos kita orang.

Mr labu: Korang pun jangan lah cite kat orang aku bercakap pakai telepon tak da line tadi.

Mr Labu dan Orang muda smart bergaya bertali leher sama-sama tersenggeh tanda setuju.

9 comments

  1. [[v4mPiR3 Ki$$]] // December 16, 2009 at 8:54 AM  

    ehm....sorg salah fhm...sorg g penipu...aper lah......

  2. Aim My Nick // December 16, 2009 at 7:45 PM  

    nak bagi nampak dasat kunun, dgn harapan bank konfiden la nak bagi dia loan. tapi tak baik dia tipu..last tahu gak.

    tk v4mPiR3 sudi hadir di sini dan beri komen. tk ye.

  3. Bejeus // December 18, 2009 at 5:03 AM  

    Very nice blog!
    And I expect you to visit my blogs.

  4. annie // December 18, 2009 at 4:40 PM  

    hehehe..trend masa kini!!!

  5. Aim My Nick // December 19, 2009 at 3:42 AM  

    trend semasa ek, thanks annie.

  6. Aim My Nick // December 21, 2009 at 5:50 AM  

    Thanks Bejeus for coming, I just back from yours. Thanks for sharing the Romania info to the world.

  7. umihoney // December 23, 2009 at 10:51 PM  

    nicely written..good job :)..terhibur..pitching pun tak kelaut hehehe

  8. Aim My Nick // December 24, 2009 at 4:27 AM  

    ye ke..he he tk umihoney, belajar dari Af pasal piching ni.

  9. budumanis // January 9, 2010 at 10:59 PM  

    citer jong jusoh

Labels