Terlupa, alasan yang payah juga nak di pertikaikan kesahihannya bila seseorang memberi alasan akan kegagalannya membawa barang yang dijanjikan untuk dipulang atau untuk dipinjamkan kepada kita. Nak komplen pun macam tak kena juga, sebabnya dia ter bukannya sengaja.

Lupa dan terlupa hakikatnya sama, dua-duanya tak sengaja walaupun disebut tanpa penambahan ayat ter. Siapa yang nak lupa walaupun ada masanya memang ada yang suka kalau dapat melupakan sesuatu peristiwa atau seseorang. Tapi bila sengaja mengharapkan lupa biasanya tak pula mudah untuk terlupa atau melupakannya. Aneh juga lupa ni rupanya.

Apa pun situasinya, elok lah jangan mudah terlupa. Maka untuk itu harus diambil langkah berjaga-jaga agar lupa tidak menjadi tabiat yang menjadi-jadi. Antara langkah yang boleh difikirkan :

Andai melibatkan barang yang hendak dibawa, letaklah bersama barang yang mesti tidak kita mesti bawa. contohnya kunci kereta. kalau dah berjanji nak bawakan kawan-kawan majalah ke pejabat, letaklah majalah tu bersama dengan kunci kereta atau pun beg tangan.

Elakkan menempah lupa. Biasanya kita rasa kita tak kan lupa, Sewaktu di kedai kita minum elakkan letak beg tangan di atas meja . Bagi yang naik bas, tak usahlah keluarkan apa -apa yang penting. Dalam keadaan biasa mungkin kita tak kan terlupa rasanya. Tapi bagaimana kalau tertidur, dan sedar-sedar dah sampai, biasanya orang akan terus bangun untuk turun. Begitu juga dengan meletakkan beg tangan di atas bumbung kereta, keberangkalian untuk lupa amat tinggi.

Sebelum keluar rumah pula, mulakan dari dapur untuk memeriksa paip air, dapur gas dan boleh terus ke bilik air pula kemudian memeriksa plug dan kipas angin agar di tutup. Tentunya sewaktu memandu tidak akan timbul lagi keraguan samada kita tleh pun menutup suiz atau apa-apa yang perlu kita offkan sebelum keluar. tentunya kita dapat memandu dengan lebih tenteram tanpa was-was takut terlupa.

Sewaktu nak keluar rumah berdiri lah sebentar di muka pintu, dan mulakan mengatur fikiran untuk tag setiap keperluan sewaktu berada di luar nanti. Beg duit, tepuk sikit punggung belakang bagi lelaki yang menyimpan beg duit di kocek belakang seluar, ada, lagi apa, handphone, raba sikit kocek, ada, apa lagi. mungkin bekalan pad bagi wanita. Bagi suami yang masih ada masa bercinta di luar rumah, ha ! hp tertinggal sure panik punya, jangan lupa nanti sah perang punya. Dah pasti ada semuanya, keluarlah dengan senang hati.

Asasnya setiap kali bergerak berhenti sebentar untuk memeriksa keperluan yang wajib di bawa.

Keperluan menyediakan sistem untuk mengelakkan terlupa ni memang perlu kerana kesan dari lupa ni memang banyak. Antarannya:

Sesal dan boleh mendatangkan rasa berdosa: Baru sahaja nak rukuk sewaktu salat di rakaat kedua misalnya, teringat belum mandi wajib lagi. Tentunya ianya kecuaian yang tak sepatutnya berlaku dan akan buat kita beristigfar berkali-kali sesal atas kecuaian itu.

Boleh mendatangkan tension dan meradang pada diri sendiri: sesampai sahaja di bank baru tersedar yang kita lupa nak bawa kad Atm.

Mendatangkan malu : Bila ada yang menegur, zip-zip...

Menambah kerja yang tak sepatutnya dan buat kita gelabah habis: Tercari-cari beg duit semasa di rumah, tiba-tiba teringat tadinya sebelum masuk kereta, kita letakkan dulu beg duit tu di atas bumbung kereta sementara memasukkan barang-barang ke dalam kereta.

Mendatangkan leceh dan berulang kerja.: sesampai di pejabat baru perasan sebelah kasut lain warnanya dan sebelahnya lagi pun lain

Mendatangkan cela orang lain: Dah sampai di tempat mendaftar nama, calon lupa bawak borang pencalunan. Tentu orang akan labelkan calun tu tak layak jadi YB, baru tu pun dah lupa, belum lagi perihal hidup rakyat.

Lupa memang sifat semula jadi manusia. Kita sememangnya lupa keadaan hidup kita sewaktu masih di dalam rahim ibu. Namun untuk membiarkan lupa menjadi sebahagian dari diri kita amatlah tidak wajar. Doa agar di lindungi dari lupa sememangnya cara terbaik agar kita sentiasa terpelihara dari terlupa. Apatah lagi diusia tua jika panjang umur, kita mula terlupa banyak perkara. Ada yang terlupa wajah-wajah yang pernah di sayangi sewaktu mudanya. Mudah-mudahan kita terpelihara dari semua itu.

Lain orang lain caranya, jiak ada cara yang lebih sistematik, berilah tahu. Bolehlah kita kongsi bersama.

2 comments

  1. umihoney // January 5, 2010 at 2:42 AM  

    lupa dah apa nak comment ..hehehe

  2. Rad // January 5, 2010 at 3:41 AM  

    lupa tak pe, lupa bukan salah pun..he he cuma tak elok je :)

Labels