Pagi tadi aku pergi pasar tani untuk beli apa yang selera untuk dibuat lauk hari ni. Semua mahal pada aku, last aku beli sotong. Harga sekilo RM 15 , hajat hati nak beli ketam, tak daya aku nak belinya, mahal sungguh, dah lah tu ketam-ketamnya kurus-kurus je.

kadang-kadang aku tengok pasar tani ni pun macam pelik juga. Rasa aku dulu asalnya untuk memasarkan hasil petani. La ni macam-macam dah ada. Dah lebih kurang pasar malam juga. Itu satu hal, hal yang lebih penting, harganya tak macam aku beli dari petani, ada barang yang mahal dari di pasar.

Nak kata memang harga mahal tak tau lah, tapi ada pasar cina dekat-dekat dengan pasar dan pasar tani tu, murah pula harga dibandingkan dengan pasar dan pasar tani.

Lagi aneh, pasar cina ni dekat betul dengan pasar betul. Boleh pula majlis daerah luluskan lesennya tu.. Benggang je penjual di pasar betul, tapi komplen pun tak jalan.

He he aneh juga, tapi tak boleh nak kata apa lah, nasib orang kita memang selalu macam tu, bak kata orang lama punah kayu di kayu juga. Dulu-dulu hulu kapak dibuat dari kayu, walaupun besi kapak yang makan batang kayu yang ditebang, tapi dek kerana ada kayu lain yang sudi jadi hulu kapak besi tu, maka habislah tumbang semua kawan-kawan kayu tu yang dalam hutan.

1 comments

  1. umihoney // January 12, 2010 at 2:50 PM  

    itulah dia..kalau dulu masa penjajah kita berjuang nak merdeka sebab tak mau ditindas..dah ada kuasa politik..apa macam?..tepuk dada tanya iman

Labels