Begitu lah namanya, ada yang kata bunga Siti Fatimah, ada yang kata ni lah Selusuh Fatimah dan berbagai lagi namanya yang disebut orang. Nama betul Den pun tak tahu, cuma yang pentingnya setiap darinya ada perkataan nama anakanda Rasullullah s.a.w iaitu Siti Fatimah r.a.

Ianya berasal dari Mekah dan dijadikan petua atau selusoh untuk bersalin bagi wanita melayu.

Mudah sahaja mengunakannya biarpun ada berbagai cara yang tertentu digunakan tetapi Den tidak tahu mana satu yang paling tepat.

Den mudah je, rendam dengan air sejuk dan diminum. Ada yang mengunakannya untuk di buat mandi. Den hantam sajalah. paling mudah di buat minum. Baca bismillah dan berselawat kemudian di minum airnya.

Ikut keyakinan orang melayu, kadar kembangnya setelah di rendam melambangkan masa dan waktu kelahiran yang makin hampir atau masih lambat lagi.

Sebelum di rendam


Sebelum direndam


Sebelum di rendam


Merekot bentuknya sebelum di rendam


Rendam dalam air sejuk yang telah di masak.



Ia kembang selepas di rendam. Penuh piring tu,

Selepas di rendam.


Selepas di rendam


Selepas di rendam

Takdir Tuhan, Sebaik sahaja di minum, isteriku yang sedang sakit-sakit, terus minta di bawa ke Labour Room untuk melahirkan anak. Hanya Tuhan yang tahu ianya satu kebetulan atau memang bersebabkan selusoh Fatima hingga begitu pantas isteriku melahirkan anak.

Yang penting usaha dan tawakkal je la. dengan rahmat Tuhan semuanya selamat, Alhamdulillah.

Photo: Den

6 comments

  1. cikTi // February 20, 2010 at 10:18 AM  

    waa,.

    xpnh denga plk pasal bnda ni sblom ni

  2. AISHALIFE-LINE // February 20, 2010 at 11:14 AM  

    Wah selamat ya....moga lahir dengan selamat pula anak dan istrinya.

  3. Rad // February 20, 2010 at 12:52 PM  

    cik Ti, ni dah dengar :)

  4. Rad // February 20, 2010 at 12:54 PM  

    Aisha, dah selamat pada 17 hb Feb baru ni.

  5. umihoney // February 20, 2010 at 3:32 PM  

    Nama Fatimah ni diberikan untuk herba2 perubatan wanita sempena nama puteri baginda seperti selusuh Fatimah dan Kacip Fatimah dsb.Eloklah semuanya dah selamat.

  6. Rad // February 20, 2010 at 4:56 PM  

    Orang kata, bukan saya yang kata, bunian pun macam tu, membahasakan yang lelakinya sebagai Ali dan perempuannya sebagai Fatimah. Mungkin kalau kita ni bisa orang sebut awang, mamat,indok dan si mek.

Labels