Sayu tak hati baca lirik lagu Ramlah Ram ni. Terbayang tak kampung nun jauh di desa. Bagi orang Kuala Lumpur dan lain-lain bandar besar pula, terbayang tak tempat parking kereta ke sliding door rumah Mak dan ayah.

Mungkin kalau tak rasa sayu atau milu hati bagi yang lama dah tak balik kampung, click la video klip ni di youtube dan dengar betul-betul dengan penuh perasaan sambil bayangkan mak dan ayah.

Anak buluh betung pun sayu hati dengar lagu ni.

Tajuk : Zapin Yang Tinggal
Album : Sekeping Cinta Sehampar Janji (1998)
http://www.youtube.com/watch?v=gVs_FDd2YHg
http://www.youtube.com/watch?v=wImzjSn9e-o&feature=related


Masih ada lagi,
rumah lama tinggalan ayahanda
Bila aku pulang,
masih lagi terbayang lagumu

Rasa wangi lagi,
haruman mu ibu
Keringat ayah,
di kamar yang tinggal

Ibu... aku telah dimiliki
Jauh... kutinggalkan desa ini

Pusaramu kusiram,
kurasakan aku direstui
Apa yang kau berikan,
aku kini rasa disayangi

Pulang abang,
pulang saudaraku
Masih hijau, di desamu ini
Bayu masih, seperti dahulu
Hujan rintik, dihias pelangi

Ku mohon ampunmu,
pinta ibu tidak kutunaikan
Kutinggalkan jua,
desa ibu yang sangat kucinta

Harus kuikuti,
tempat ku berpegang
Selepas kau pergi,
kami yang tertinggal
Saudaraku,
dengar nyanyianku
Kalau boleh,
pulanglah selalu


Ciptaan : Herman Tino
Lirik : Herman Tino

3 comments

  1. AISHALIFE-LINE // March 17, 2010 at 5:29 AM  

    lagu bangus,jadi ingat kampung halaman.

  2. Sunshine and Baba // March 17, 2010 at 9:44 AM  

    Nice Post

  3. cikTi // March 17, 2010 at 8:11 PM  

    rasa sayu seketikaa.,

Labels