Kita berada dalam laluan hidup menuju ke alam yang kekal. Capai yang terdaya buat yang terboleh.Selagi jalan kita betul dan lurus, jangan rungsingkan perkara lain kerana takdir bukan kita yang punya.


Hanya usaha, doa dan harapan yang kita boleh. Boleh kita bukan mesti, dengan izinNya baru menjadi.

Ikhlas benteng selamat kalau tak mau ditipu setan. Kalau nak diterima Tuhan.

Cakap memang mudah, mengadapnya perlu tabah. Sabar itulah kita.

Ugama bukan tengok dan cakap tapi mengadapkan wajah kepadanya.

Nafsulah penghalangnya jika tidak malaikatlah kita. Doa selamat jangan lekang, kalau tak nak terjongkang. Buat saja yang disuruh Tuhan tinggal yang dilarang kalau nak senang. Kepala tenang hati pun lapang, nak ucap selamat pun tenang.

Selamat tinggal dunia.




2 comments

  1. TK // March 21, 2010 at 3:43 PM  

    Ada gambar pokok bunga kertas kat entry kali nih!. Bunga favourite saya. Saya setuju..Buat apa yg disuruh tinggalkan yg dilarang.

  2. cikTi // March 23, 2010 at 10:12 AM  

    tiada apa yg lebih penting dpd agama Allah,.

    sebab nanti kita akan kembali kpd Allah juga akhirnya

Labels