Ni Abang Mat kan ? seorang gadis bertudung, putih kulitnya berdiri di depan ku, mendongak menatap tepat ke wajahku dengan soalan itu. Aha, saya, terus ku menjawab dalam terkejut sambil berfikir bagaimana boleh bertemu dia di sini.

Aku sedang menunggu bas express yang dijadualkan bertolak dalam masa setengah jam lagi. Abang Mat ingat saya lagi tak ? Gadis itu terus dengan soalannya yang kedua dan aku pula dengan jawapan ku yang kedua juga. Ingat... mana boleh tak ingat, jawab ku memandang ke wajahnya yang tampak begitu gembira dengan pertemuan itu.

Abang dah ada makwe ke sekarang? Dia bertanyakan soalan ke tiga. Aku dapat merasakan di saat itu apa yang ada di dalam hatinya. Di saat yang sama signal di otak ku berulang-alik dengan deras dari otak ke hatiku. Mencari jawapan yang sepatutnya aku berikan . Antara cadangan syaitan yang sedang bermesyuarat di hatiku dengan lintasan yang dibawa oleh malaikat akan peringatan tentang dosa dan pahala. Peringatan tentang kejujuran dan pengkhianatan yang mungkin terjadi.

Belum ada makwe, aku menjawab secara spontan. Tercetus akhirnya di mulutku bisikan syaitan yang sedang hebat mendesak ku untuk berbohong dan mengambil peluang yang ada. Tipulah, kali ini gadis manis berkulit putih yang berdiri begitu rapat di depanku cuba menguji kebenaran kata ku. Aku tau yang diharapkannya adalah jawapan ku yang seperti itu juga cuma lebih tegas. Mataku pula mula tewas digayuti syaitan agar mencuri-curi pandang ke dadanya dibalik tudungnya yang singkat itu. Banjaran gunung dara itu hampir saja melumpuhkan benteng pertahanan di dadaku. Harum minyak wanginya pula sudah mula meresap sampai ke otak, membuatkan otakku makin lemah untuk berfungsi.

Abang betul belum ada makwe masa ni tapi abang dah kawin. Perkataan tapi itu keluar dari mulut ku secara spontan. Syukurlah, walaupun ada usaha untuk menahannya dari tercetus di bibirku.

Syaitan masih terus mendesakku agar memusingkan kata-kata selepas tapi itu tadi, namun aku tahu aku mesti tegas kali ini. Biar pun di saat itu berbagai gambaran tentang keseronokan yang sedang ditayangkan secara percuma oleh syaitan di depan mataku. Tak percayalah abang dah kawin, tengok tau, macam orang bujang lagi, gadis itu cuba menidakkan kata-kata ku yang benar itu. Sudahlah susah untuk ku luahkan, kini dia tak percaya pula. Ni semua nak cari pasallah, fikir ku.

Kita kawan macam dulu semula nak, kita sambung balik, beria ku lihat dia meluahkan hasrat terpendamnya itu. Betul abang dah kawin, ni abang tengah tunggu bas nak balik ke rumah, abang ni sebetulnya dari rumah mak mertua, balik dari tengok wife abang baru lepas bersalin.

Dia diam seketika. Memalingkan muka ke arah bas yang sedang hidup enjinnya di terminal itu. Betul ke bang, cepatlah bas saya dah nak jalan tu. Saya kat maktab sekarang, baru setahun kat sini, sempat dia menjelaskannya di saat-saat genting itu.

Oh maktab kat sini ek, di kepalaku syaitan sekali lagi membisikkan nasihat untuk menjahanamkan aku. Senang tu nak jumpa, wife kat kampung, dia pula di maktab, peluang ni. Bisik syaitan terus menerus dari bilik mesyuaratnya yang sedang berlangsung di hatiku. Di saat yang sama juga, terlihat di hadapan ku saat sunyi dan sepi sendirian di rumah bakal ku tempuhi tanpa anak dan isteri. Lintasan peringatan dari malaikat pula semakin samar-samar kedengaran di telinga hatiku.

Astagfirullah al aziim, segera aku beristigfar. bila mana tiba-tiba menitis-nitis pula di hatiku perasaan kasihan dan serba salah melihat kesungguhan gadis itu ingin perkenalan kami yang terhenti tiba-tiba di suatu masa dulu disambung semula. Cepatlah bang, cakap betul-betullah, sergah gadis itu bila dilihatnya aku termenung memikirkan sesuatu. Bila-bila masa bas kita nak jalan tu, dia menyambung dan kali ini tangannya memegang lengan ku.


Serius, abang dah kawin, abang suka nak kawan Yatie semula, tapi kita jumpa masa ni, kalau awal sikit dulu mungkin abang pun nak sambung semula. Betul, wife abang sedang di kampung, dalam hari. Akhirnya aku berjaya bertegas dan meyakinkan Yatie.

Tak pernah pun berkasih sayang apatah lagi bercinta, cuma mungkin masa tu aku selalu berbuat baik padanya dan rajin membayar tambang basnya sekali-sekala bila kebetulan aku sama satu bas dengannya ke tempat kerja. Yatie masih bersekolah di tingkatan empat masa tu. Kadang-kadang kami keluar makan. Suka dia bila aku cakap nak belanja dia makan.

Oh betullah apa abang cakap ni ek, sayu sedikit ku lihat wajahnya. kalau gitu tak pa lah. Kita kena naik bas, macam dah nak jalan tu, Yatie memandangku dan menoleh lagi ke arah bas di terminal. Ialah, terimakasih ye tegur Abang Mat tadi. Aku senyum dan Yatie membalasnya. Ku lihat wajahnya sedikit sayu dan dia mungkin segan juga kerana tadinya dia terlalu beria.

Yatie berjalan ke arah bas. Aku menghantarnya ke tangga bas dengan pandangan mataku. Lengoknya mengasyikan. Dilambainya aku di waktu kakinya melangkah naik bas. Aku membalas lambaiannya itu. Ada rasa kasihan di hatiku di saat itu tapi apa nak buat fikirku.

Syukurlah aku berani dan dapat menyatakan hakikat diriku biarpun ada kasihan di hatiku terhadap Yatie. Dan syukur aku masih teguh berdiri biarpun cobaan mendatang di saat aku sendirian begini.

Janganlah jumpa lagi hendaknya, kantoi nanti siapa yang susah. Abang Mat juga yang susah.

Layar Keinsafan oleh Mestika

0 comments

Labels