Cinta dikatakan begitu indah, 
mengasyikan
cinta buat bunga berkembang di taman 
terlonjak-lonjak keriangan
cinta juga  pernah buat bunga layu
hilang serinya
menangis meratapi kebodohan diri

Cinta pernah buat insan derhaka pada Tuhannya,
umat lupa pesan Nabinya,
anak mensiakan kasih ayah ibunya 

Namun cinta juga pernah mencelikkan mata 
penyebab insan mengenal Pencipta 

Apa pun natijah dari cinta
terlebih afdal berhati-hatilah
kerana bercinta sebelum pernikahan
membuka pintu buat syaitan
ada yang selamat namun ramai juga yang kecundang
walaupun tidak melara namun sucinya teranjak jua
apatah lagi demi membuktikan cinta
dalam desakan asmara rayu melemah jiwa

Sayangilah diri, 
hargailah kasih ibu ayah
jangan siakan pesan Nabi
derhaka pada Tuhan 
tentu jangan sekali-kali

Semoga diri sedar
diri itu milik siapa
cinta itu kurniaan siapa 

Pandanglah betul-betul jalan di hadapan
jangan biarkan diri sesal tak sudah
kemurkaan Tuhan jangan diambil mudah
doa nabi untuk umatnya jangan buat tak endah
kasih ibu dan ayah jangan dipersenda

Ingatlah
cinta mahkluk bukan segala-galanya
hari ini ada
esok belum tentu bahagianya

Terlajak hutang sakit membayar
terlajak  dek cinta buruk padahnya

Pesanan cinta buat yang baru mengenal dunia



Kekasih oleh Jay Jay
xBadoMx

2 comments

  1. HaSue // February 23, 2011 at 5:41 AM  

    cinta itu indah..kalo kena pada keadaannya jer..silap2 x indah mana pun..huhuu

  2. Hati Curio // February 24, 2011 at 7:53 PM  

    agaknya, indah kalau menajdi, kalau gagal he he tak indah kot..merana pun ada..

Labels