Di blog mu ku lihat bulan
menyinari aku yang datang

Di wajah mu ku lihat bulan
serinya buat aku tertawan

Di mata mu yang galak
jelingan mu memanah tepat ke hatiku
buat aku tak lagi mampu mengelak

Di sudut bibirmu ku lihat senyuman
manisnya buat ku rasa damai dan nyaman

Kini aku pengunjung setia mu
Tanpa kau sedari akulah orangnya
Yang asyik dan terpesona
melihat serinya bulan
manisnya senyuman di blog mu

Kehadiran ku tak pernah kau sedari
Aku blogger kecil tersisih dari ilusi
biar pun sering ku klik iklan mu berkali-kali

Kau pernah hadir di blog ku
sekali komen kau beri, selalu ku ternanti-nanti
aku gembira melihat kau tinggalkan tanda suka mu di blog ku

Aku tak pernah jemu,
aku masih setia mengunjungi blog mu
ku baca setiap tulisan mu
buat ku makin rindukan blog mu

setiap perkataan mu yang ku baca
seperti kita sedang berbicara
begitulah terasa di hati apa nak kata

Kini aku masih perindu setia mu
Saban kali bila aku ketandusan ilham
aku ke blog mu

Aku pulang dan aku mula menulis
dengan senyuman mu masih tergambar jelas di mata ku
Ilham datang mencurah menjelma menjadi ayat ku tulis
tak terkejar jariku untuk menaipnya di papan keyboard usang ku

Hari-hari aku merindu sendiri
Seperti pungguk rindukan bulan
Dalam hati aku syok sendiri
Mengintai wajah mu bulan

Di wajahmu ku lihat bulan
seri bersulam manisnya senyuman
biarpun tak pernah bersua lagi berkenalan.
Manisnya buat ku rasa tak mahu pulang




He he rekaan semata-mata, try nak buat puisi tapi tak menjadi

4 comments

  1. HaSue // February 21, 2011 at 4:28 PM  

    aik!kat blog pun leh nampak bulan ke?hihi..tu harus blogwalking waktu malam laa agaknya gi blog tu kan?huhu.. :P

  2. Cheqna // February 21, 2011 at 6:31 PM  

    Rad,

    menjadi dah tu..siap nanti ada yang perasan..hehehe..

    bila baca entry ni, yang terfikir kat fikiran saya...muka saya dah macam bulan..bulat!..asyik makan aje kerjanya..

    tp yang syukurnya..tak ber"jerawat" macam permukaan bulan..Alhamdulillah..

    :-)))

  3. Hati Curio // February 24, 2011 at 7:56 PM  

    bulan mengambang je merayau, tu yang blog pun nampak bulan...tapi kdg-2 tu memang pun ada wajah-2 di blog umpama bulan mengambang..berseri je kite tengok..blog yang mana..tu rahsia :) tk Ha sudi hadir dan komen :)

  4. Hati Curio // February 24, 2011 at 8:00 PM  

    dulu-dulu memang ada org yang baca-2 muka nak berseri mcm bulan.. tak salah rasanya doa minta wajah berseri umpama bulan :) Kalau dapat dua -2 ok gak, bulat umpama bulan, berseri pun umpama bulan..2 in 1 tuu..tk CheqNa hadir dan komen.:)

Labels