Boring lah radio ni lagu tak da yang sedap pun. Isteriku merunggut sambil memandang kepada ku yang sedang tekun memandu kereta untuk pulang ke kampung. Boring tutup je, aku menjawab runggutan isteriku sambil ketawa. Abang tukaulah radio lain, pinta isteriku yang sesekali keluar lorat Melakanya itu. Tukau radio lain ? Malam buta dah pukul dua pagi macam ni mana ada kedai buka lagi, aku mengajuk lorat Melakanya. Ajuklah, tahu kita orang Melaka, bang tukarla lagu lain, hari tu abang kata ada beli lagu best, pasanglah..

Sambil memandang ke hadapan jari jemari ku meraba-raba panel radio kereta mencari mana punat yang patut ditekan. Isteri ku yang sedang menyusukan bayi kami yang baru berusia 3 bulan itu agak sukar untuk membongkok untuk menukar siaran radio atau membuka cd lagu lain. Aku lah yang di harapkannya untuk menukarkannya bagi pihaknya. Tak jumpa lagi siaran radio yang terang dan jelas. Semuanya sok sek sok sek bising bunyi seperti angin mendesah. Abang buka la cd lagu yang abang beli tu, kita pun nak dengau juga, isteriku masih dengan usulnya tadi.

Lagu yang abang beli ni best, tapi takut awak feeling giler pulak kang. Aku berseloroh. Bukalah, apa nak feelingkannya. Bukan pakwe makwe baru bercinta nak feeling-feeling, jelas isteriku. Buka lah, dia mula beria bila di tengoknya aku berlenggah-lenggah untuk membuka cd lagu baru tu.

Chu awak tengok budak kat belakang tu, ada yang terimpit pulak ke, aku menyuruh isteriku menoleh ke belakang, tengok-tengokkan sikit kalau ada yang tangan terhimpit atau tertindih dek abang atau kakaknya.Kesian juga bila melihat anak-anakku seramai enam orang tu berhimpit-himpit di tempat duduk belakang kereta. Nasib yang bungsu masih di pangkuan.

Saya Dj radio FM highway Kuantan Segamat memutaukan lagu untuk anda, dengarkanlah lagu terbaru nyanyian Maher Zain , aku melawak sambil menekan punat di radio kereta .Terimalah lagu pilihan Dj anda ini.yang ditujukan khas bukan untuk anda pendengar setia tapi buat isterinya di sebelahnya ini, dengan ucapan hulurkan botol air tu, kering pula tekak abang ni.

Isteri ku senyum sahaja mendengar lawak ku yang tidak berapa menjadi itu. Dengarkanlah the rest of my life...aku mengakhiri lawak ku sebaik sahaja muzik intro mula kedengaran dari vcd yang baru ku beli minggu lepas.




Sesekali aku menjeling ke arah isteri ku yang sedang asyik mendengar lagu yang baru ku pasang itu. Lagu ini abang tujukan buat kamu.. serius ni. Betul ke bang, isteriku tersenyum sambil membetulkan kedudukan bayi kami dipangkuannya itu. Betul ke ni, isteriku mengulangi pertanyaannya tadi mengharapkan kepastian.

Apa pula abang nak bohong, aku cuba menyakinkan isteriku yang lagu itu benar-benar aku tujukan padanya. Isteriku kelihatan tersenyum simpul mendengar kata pasti dari ku itu. Ku lihat dia beria dan tampak di wajahnya rasa seronok mendengar lagu itu yang ditujukan padanya. Dia seperti sedang cuba mengamati senikata lagu itu dan cuba untuk memahaminya, maklumlah lagu bukan sebarang lagu, lagu ditujukan khas buatnya.

Sah dah feeling la tu.bisik hati ku sambil mencuit pinggang isteriku yang sedang asyik mendengar lagu itu . Tiba-tiba isteriku berkata, Saayang... abang. Terima kasih tujukan lagu buat isteri abang ni. terima kasihhh..

Aku senyum sahaja . aku terus memandu membelah gelap malam. Lagi dua jam sampai lah ni..aku menyampaikan info mesra pengguna kepada isteriku yang kelihatan benar-benar mengamati setiap bait senikata lagu itu. Pheh ! feeling nampaknya makcik ni.. he he syok gak bila lagu yang aku suka, isteriku juga suka.

Laa kata tak feeling, tu yang awak senyum senyum tu kenapa ? Kah kah kah, adoi !! nak cubit pun pelan la sikit, aku tersenggeh, bisa juga terasa bila dia mencubit. Heran aku orang perempuan ni, kalau tak cubit, suka tepuk-tepuk orang bila bercakap. Cubalah diam-diam je tangan tu bila bercakap. Tengok orang lelaki, relek je bila bercakap.

Mataku terang memandang ke hadapan. Jam sudah hampir pukul tiga setengah pagi. Lebuh raya lenggang cuma sesekali berselisih dengan lori dan bas ekpress. Kereta ku berdesub memecut membelah angin dalam gelap malam tanpa kehadiran bulan dan bintang itu. Ku lihat meter halaju di penal kereta hampir mencecah ke angka 150km/j. Kalau tak kerana isteriku ralit mendengar lagu yang aku tujukan padanya itu, tentu sudah ditegurnya aku memandu selaju itu.

Di tempat duduk belakang, ke enam-enam anakku dalam sendat berhimpit, lena beradu dibuai sejuk angin malam. Bayi kecil ku pula lena di pangkaun ibunya. Lagu The Rest of My Life masih berkumandang. Sudah berulangkali dimainkan semula oleh isteriku.

Aku sedang berdoa, selamatkanlah perjalanan kami ini Ya Allah.

Sekaki nota:

The Rest of My Life oleh Maher Zain

Lirik ada di: nasyidbrowser

Cerita ini hanya rekaan semata-mata, terimakasih kepada yang terlibat yang sudi meminjamkan watak dan gambarnya untuk mewarnai cerita pendek ku kali ini demi disesuaikan dengan lirik lagu the rest of my life.

0 comments

Labels