Ya Rasulullah يا رسول الله

Aku rindukan engkau
rindu yang hadir walaupun tak pernah bersua muka
hanya cerita dan riwayat tentang mu yang ku tahu
namun aku tetap rindu pada mu

Di malam nisfu Syaaban engkau sujud berdoa
merayu engkau Ya Rasulullah ke hadrat yang Esa
minta kami umat mu diampunkan
umatku ! umatku !
dalam tangis engkau pohon agar kami diampunkan

Hingga di saat kewafatanmu engkau masih menyebut
umat ku ! umat ku !
kami tak pernah lekang dari ingatanmu

Adakah ini tidak membuatkan aku rindu padamu
aku umatmu yang kau sebut itu dan kau doakan itu
terima kasih Ya Rasulullah kerana mendoakan aku
kerana mendoakan ibu bapa ku, adik beradikku,anak-anak keturunanku,
datuk nenek ku, saudara mara ku dan sahabat-sahabatku
terima kasih Ya Rasulullah kerana mendoakan kami umatmu.

Ya Rasulullah يا رسول الله
aku membaca kesah di saat kewafatanmu
sebak dadaku, menitis air mata ku, aku jadi sayu

Rasul mulia yang menyampaikan ilmu dari Tuhannya
pergi untuk selamanya tidak dapat ditatap wajahnya
oleh umat yang sentiasa didoakannya

Kau tinggalkan kami pusaka tiada taranya
Seluruh isi bumi tiada tukarannya

Hadis mu, sunnahmu dan seluruh isi Quran
yang telah engkau tablighkan dengan amanah

Jasa mu kepada kami banyak lagi
di padang masyhar engkau kami cari
mengharapkan syafaat mu setulus hati
bahagianya kami di saat itu nanti

Begitulah perindu mu nan setia
di suatu ketika di suatu masa
merinduimu di persada hatinya

Suatu ketika pula di saat merindu aku terlena
mimpikan dunia aku yang punya
sunnahmu mula aku terlupa
malu agaknya

Salawat atas mu mula jarang meniti di bibirku
dek sibuk aku membaca cerita dunia
dek suka melabun riwayat dunia

Hari-hari ku randuk dunia ini tanpa rindu pada mu lagi
cuma sesekali teringat tapi tak menjadi apa
gamitan dunia mula bersemadi di jiwaku
sesekali aku bercerita pada dunia tentang mu
namun itu cuma cerita sang munafik rupanya

Aku telah mula mensia-siakan nikmat dari usaha gigihmu
aku tersadai di pelantar dunia, hina ku pandang mulia

Kini aku mula bersuka ria
melupakan tangungjawab hamba
sedikit senang cuma, terus aku terlupa

Riba aku mula terbiasa.
maksiat aku dah mula suka
makan minum aku tak berkira

Bodohnya aku ini,
jalan yang telah engkau terangi dengar Nur Islam
aku tinggalkan sedikit demi sedikit,
hanya untuk menikmati keseronokan dunia
yang bukan pun aku yang punya
sekadar menumpang merasa
usaha mereka yang cintakan dunia

Ya Rasulullah يا رسول الله
setelah beribu derita ku tanggung
Setelah aku rebah terhina di persada dunia
akibat memilih jalan ke neraka
kini aku tersentak dan insaf semula
terjaga dari mimpi dan impian dunia
baru ku sedar itu semua sia-sia
nikmatnya sementara cuma
ibarat sebentar di waktu pagi jua

Kini aku ingin kembali ke jalan lurus
yang telah engkau rintis sekian lama
yang pernah pun aku lalui dulunya

Semoga aku ikhlas mencintai mu semula
semoga aku tidak munafik dan sia-sia
semoga dosaku diampun Tuhan yang maha esa

Ya Rasulullah Ya Habibullah.
deraian airmata insaf dan sedar
mula membasahi sujudku pada yang Esa.
selawat telah mula meniti kembali di bibir ku
aku ingin pulang mengikut jalan mu pulang
aku ingin pergi mengikut jalan engkau pergi
aku tak ingin bermain-main lagi.

Teguhkan aku Ya Allah
terimakasih Ya Rasulullah
doakan mu termakbul buat ku rupanya

Umat ku ! Umat Ku !
Ya Rasulullah !! يا رسول الله
Aku umatmu ! Aku umat mu !

Aku mata rinduku menitis kembali
membasahi hatiku yang sayu ini
Terima kasih Ya Rasulullah
Yang berdoa buat umat mu yang tercemar ini


You Came To Me مترجمة للعربيّة

0 comments

Labels