Lokasi: Di luar sebuah cafe bersetentangan dengan Central Market, Kuala Lumpur.

Cakaplah kenapa diam, tadi telepon kata nak jumpa ada hal penting nak cakap.

Kejaplah, I tengah ambil mood ni, nak cakap hal sedih tau. Kenalah moodnya pun sedih juga.

Peliklah you ni, cepatlah I sibuk ni, banyak surat yang belum dihantar lagi. Cakap je lah.. ingat ni adegan dalam movie ke, nak kena ambil mood dulu.

Okeylah, sebetulnya I jumpa you ni nak bagi tahu tentang kita, tapi I harap you boleh terima dengan hati terbuka apa yang akan I cakapkan ni nanti.

Pheh, lain macam je bunyinya ni. Macam nak belah dari I je bunyinya tu.

Terang betul hati you, aha betul, I nak hubungan kita sampai di sini sahaja. Harap you tak berkecil hati.

Ooo.. betullah apa yang I agak tadi. Memang pun hati I ni terang, dari kecil lagi amalkan baca doa penerang hati. Apak I yang ajar masa ngaji muqaddam dulu. Betul you nak tinggalkan I ni ?

Betul, I serius ni tapi you jangan lah berkecil hati ye.. I harap you akan lebih profesional dalam menghadapi situasi yang sedikit mengecewakan hati you tu.

I memang pro pun, janganlah you risaukan sangat. Tengok ni, sambil hantar surat, boleh lagi jumpa makwe untuk mendengar yang hubungan nak diputuskan. Kalau tak pro mana boleh I relax dan cool macam sekarang ni.

So you bagaimana ? I harap you rela melepaskan I pergi, please …
(sambil memegang dan mengusap-usap tangan Man telor)

I okey, kalau itu yang you telah putuskan. Boleh I tahu apa sebabnya hingga you nak hubungan kita sampai di sini sahaja. You sudah ada yang lain ke ? 
(menarik tangan dan buat muka macam tak ada apa yang nak disedihkan)

I kecewa dengan sikap you. Apa sahaja yang I minta semua you kata nanti dulu. I dah naik fobia dengan ayat nanti dulu you tu. Nanti dulu, nanti dulu. Dua tahun sudah punya nanti dulu you tu pun haram tak nampak jalan I boleh dapat. Minta you belanja I beg tangan murah giler pun you kata nanti dulu.

Pasal nanti dulu tu je you nak tinggalkan I. Idealistik betulkan you ni. Bukankah I dah cakap, I banyak tangunggan, adik I sepuluh orang, semua sekolah lagi. I pula kerja hantar surat je. Manalah berduit asyik nak belanja you je. Takkan itu pun you tak dapat nak faham.

Elo !! tolong sikit, ayat asyik belanja you je tu, please drop. Bila masa you asyik belanja I, I je tau yang asyik kena bayar setiap kali kita keluar makan atau minum.. please lah. Tak sudah-sudah perasan bagus.

Oh ye ke..tersalah keluarkan statement la pulak. Okey lah, kita pendekkan cerita. I pun tau apa yang you cakapkan tu betul. So pergilah. Tinggalkan lah I ni. Sebagai lelaki yang gentleman lagi profesional, I relakan you pergi dengan hati yang terbuka. Diri I you jangan susahkan, nanti I fikirkan macam mana, samada nak segera cari penganti you ke atau nanti dulu ke. 
( cakap mesti serius dengan wajah yang manis dan cool gila)

Kalau macam tu baguslah. I suka cara you ni, semuanya tak apa semuanya nanti dulu. Walau pun I dah naik fobia dengan ayat nanti dulu you tu, tapi di saat yang macam ni ada juga baiknya untuk I. Nampak tak di meja hujung sana tu, itulah boyfriend baru I, lebih kurang macam you juga hensem cuma dia manager dan you tukang hantar surat je. 
(cakap sambil tangan melambai boy friend baru )

Ohh you betul-betul dah bersedia. You lagilah pro bandingkan dengan I. Emm hensem tak berapalah kalau ikut mata I yang pandang, tapi kalau nak katakan segak bergaya, yes..dia memang lebih bergaya dan segak dari I. Okeylah good luck. I doakan you bahagia dan selalu dapat apa yang you idamkan dari pak we baru you tu. Tahniah kerana dapat pakwe tuan manager. Senanglah you lepas ni. 
( sambil mengambil handphone di atas meja dan memegang dengan penuh bergaya)

Macam tu je ke !!, you tak rasa cemburu ke, sakit hati ke..you ni betullah tak ada perasaan. 
(sambil menjuihkan sikit bibir dan membetulkan bahagian rambut yang menutup mata)

Laa.. tadi you yang minta I agar profesional dalam menerima apa yang you nak cakapkan. Sekarang you kata I pula tak ada perasaan. Tak baik tau kata orang. Dah tu you nak I act macam mana, merayu gitu... atau tunjuk muka macam cencurut sedih bila serangga yang dia dok attack kena sambar dek cencurut lain.

Tidaklah gitu, biasanya orang lain tu bila awek dia nak blah, sedih je muka, ada yang muka frust gila. You pula cool sangatlah. Sudahlah I pergi dulu, kesian boy friend manager I tu duduk sorang-sorang. Maafkan I apa salah dan silap selama hubungan kita. Maafkan tau.
(sambil bangun )

Entahlah, nak cemburu pun buat apa pada I, you memang pun dah rancang semua ni. What for sedih-sedih, lagi pun makwe I lagi terer dari pak we baru you tu. Makwe I yang sorang lagi tu usawan …
(sambil membetulkan jekat)

Cut !!! ooi mangkok ayun, usahawan la bukan usawan, dah sepuluh kali shoot adegan ni, tak reti-reti lagi sebut usahawan. Hampeh !! harap muka je hensem, sebut tu pun tak reti. Tuan direktor menjerit dari kerusinya sambil menepuk dahinya yang jendul itu. 

Man rempit pelakun yang baru pertama kali berlakun itu tersenggeh-senggeh sambil menepuk-nepuk mulutnya sendiri. Sori bos…Man Rempit senggeh sekali lagi.

Kita rehat kejap, lepas ni aku tak nak lagi kau salah sebut, ingat !  usahawan bukan usawan, jerit tuan direktor sambil mengarahkan crew pengambaran drama low budgetnya yang bertajuk Kekasih Ku Pro, berehat sebentar.

Terkangkang menyandar di kerusinya tuan direktor menghirup kopi. Dengan headphone terserkop di kepala, bergegar gegendang telingganya melayan lagu Memori Sekuntum Rindu. Di dada mengunung harapan agar dramanya kali ini diterima oleh stesen televison, tidak seperti arahannya yang sebelum ini berakhir di YouTube.

 
syazwan62 - April 01, 2008 Memori Sekuntum Rindu oleh Spoon. 
Syabas syazwan62, dasatlah editing video clip ni. 

Klip video ini tiada kaitan dengan cerita di atas, cuma sekadar hiburan buat tuan direktor yang baru di tinggalkan buah hatinya. Kesian juga tuan direktor, bekas buah hatinya disambar dek producer. Baiknya pula, dapatlah dia idea untuk drama terbarunya ini.

Berehat sambil melayan jiwa jiwangnya itu, terfikir pula, kenapa tidak dirinya sendiri yang jadi hero, lagi mudah nak menjiwai watak, budget pun jimat.

0 comments

Labels